Latar Belakang

Mercedes terpakai untuk dijual

Tawaran mula dibuka pada 19 Mac 2017 ( Ahad ). Kenderaan boleh dilihat/diteliti pada hari ...

Learn more
 gambar depan top it

Top IT Industries Sdn. Bhd. telah diperbadankan di Malaysia pada 29 hb Julai 1993 di bawah nama “Solsis-YPK (Terengganu) Sdn. Bhd”. Nama syarikat ditukar kepada “Top IT Industries Sdn. Bhd.” pada Mei 1998 selepas pengambilan saham 60% sebelum ini yang dimiliki oleh SOLSIS (M) Sdn. Bhd.

Pada tahun 2015, Top IT Industries Sdn. Bhd. telah diperbadankan di bawah Terenganu Incorporate, masih lagi sebagai anak syarikat negeri Terengganu.

TOP IT adalah sebuah organisasi yang mantap yang merupakan jawapan kepada perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang bergerak pantas

Top IT mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan projek-projek pembangunan perisian, pemasangan komponen komputer dan lain-lain. Semua penglibatan dijalankan sebagai suatu perkongsian, dengan pelanggan untuk mewujudkan pemahaman keperluan perniagaan, selepas itu menyediakan cara yang terbaik untuk mencapai kepuasan kepada mereka.

Kami percaya penggunaan  dan aplikasi ICT yang berkesan  merupakan salah satu faktor yang paling  penting yang  memacu  pembangunan negeri ini pada masa depan yang mencabar, membawa penyelesaian yang amat diperlukan secara langsung dan memberi manfaat kepada rakyat.

Mercedes terpakai untuk dijual

Tawaran mula dibuka pada 19 Mac 2017 ( Ahad ). Kenderaan boleh dilihat/diteliti pada hari ...

Learn more