i-Kelas

Mercedes terpakai untuk dijual

Tawaran dibuka kembali pada 09 April 2017 ( Ahad ) hingga 13 April 2017 ...

Learn more

i-Kelas adalah nama baharu bagi kelas maya yang telah diubahsuai dengan teknologi yang lebih baik.

Untuk fasa pertama,bagi tahun 2015, Top IT akan menyediakan satu set Smartboard yang lengkap untuk dua buah sekolah rendah di setiap DUN, iaitu sebanyak 64 buah sekolah.

Secara keseluruhannya, sebanyak 356 buah sekolah rendah akan dibekalkan dengan Projek i-Kelas secara berperingkat dalam masa empat tahun.

Latihan akan diberi kepada semua guru sekolah rendah mengenai kemahiran PdP menggunakan i-Kelas. Bilangan guru sekolah rendah yang akan dilatih adalah seramai 23 ribu orang.

Pembangunan bahan PdP dalam bentuk multimedia akan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan guru pakar subjek bersama EIO. Bahan tersebut disediakan untuk semua subjek sekolah rendah tahap 2. Semua bahan akan disimpan dalam server sekolah berpusat dan diuruskan oleh Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN).

Untuk makluman, i-Kelas ialah satu bilik darjah biasa sekolah rendah yang dilengkapi dengan satu set elektronik board, projektor, perisian Smart Sync, router dan diintegrasi dengan 35 buah komputer atau komputer riba.

Projek i-Kelas dapat memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk menjalankan aktiviti PdP secara interaktif, inovatif dan berupaya menggunakan maklumat daripada internet.

Segala kelebihan yang ada pada i-Kelas dapat mendorong guru dan murid meneroka alam maya secara berkumpulan, berdisiplin, terkawal dan berpandu.

Penggunaan i-Kelas akan memartabatkan lagi aktiviti PdP di sekolah seperti amalan di negara maju. Kemudahan ini kaan menjadikan pengajaran lebih integratif, inovatif dan interakif.

 

 

Mercedes terpakai untuk dijual

Tawaran dibuka kembali pada 09 April 2017 ( Ahad ) hingga 13 April 2017 ...

Learn more