Category Archives: Berita

  • 0

Mercedes terpakai untuk dijual

Category : Berita

Tawaran dibuka kembali pada 09 April 2017 ( Ahad ) hingga 13 April 2017 (Khamis).

Kenderaan boleh dilihat/diteliti pada tempoh ini jam 10.00 pagi – 3.00 ptg di tempat letak kereta Bangunan Top IT Industries Sdn Bhd.

Bil Jenis Kenderaan No. Pendaftaran Tahun Kenderaan Dikeluarkan Harga Minimun Harga Borang (RM) No.

Sebutharga

1. Mercedes Benz

Model : E240 (A)

WVD154 2002 19,000.00 Percuma TISB/01/2017

 

KENYATAAN TAWARAN MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI

BORANG SEBUTHARGA UNTUK MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI


  • 0

Majlis Pelancaran Payang.My

Category : Berita , Berita Utama

IMG-20151031-WA0089-500x281

Kerajaan negeri Terengganu dengan inisiatif salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Top IT Industries Sdn Bhd telah membangunkan satu portal e-dagang untuk kemudahan capaian usahawan-usahawan tempatan secara amnya, dan usahawan yang menjalankan perniagaan IKS khususnya yang dikenali sebagai Payang.my. Pendaftaran bagi portal ini diberikan secara percuma kepada semua usahawan yang berminat untuk mempromosi dan seterusnya menjual produk keluaran mereka di serata pelusuk dunia.

Majlis Pelancaran Payang.My telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Merdeka sempena Program Pesona Terengganu 2015 pada 31 Oktober 2015 yang lalu.

Menurut Ahmad Razif, projek ini menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran dalam talian secara percuma kepada usahawan-usahawan tempatan seluruh Malaysia, khasnya usahawan negeri Terengganu.

Produk-produk jualan tempatan akan dipasarkan secara global dan akan bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Sila kunjungi laman web : http://www.payang.my/payang/

LOGO PAYANG


  • 0

Majlis Pelancaran e-SUKA

Category : Berita , Berita Utama

DSC02911-02 1000w

 

 

 

 

e-SUKA merupakan sistem ukuran kepuasan awam bertujuan untuk menilai prestasi kerja di bahagian kaunter jabatan kerajaan. Pelanggan akan membuat penilaian kerja terhadap petugas kaunter. Setiap penilaian yang dibuat oleh pelanggan akan terus direkodkan dalam pengkalan data dan dapat disemak oleh pegawai-pegawai jabatan dan juga Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Dengan adanya sistem e-SUKA ini, mutu pekhidmatan kerja di kaunter dapat dipertingkatkan dengan lebih baik dan lebih mesra terhadap pelanggan.

Majlis Pelancaran e-SUKA ini berlangsung pada 03 Ogos 2015, Hari Isnin  Jam 10.00 Pagi di Dewan Seri Amar DiRaja, Kemaman dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abd Rahman.


  • 0

Bengkel Keselamatan ICT

Category : Berita

Pada 4 Mei 2015 dan 5 Mei 2015, satu bengkel Keselamatan ICT telah diadakan di Bangunan Paya Keladi .

Bengkel ini dianjurkan oleh pihak UPMN dan CEO Top IT Industries Sdn. Bhd iaitu Tuan Syed Ahmad Anas Bin Engku Kelana Diraja telah berkesempatan untuk memberi pengucapan umum berkenaan dasar keselamatan ICT dan juga Akta berkaitan Jenayah Siber yang terdapat di Malaysia.

Peserta terdiri daripada pegawai IT sekolah (EIO) dan juruteknik komputer pusat Bestari.comm (TSO).

Bengkel ini diadakan untuk memberi :

– pemahaman mengenai asas keselamatan ICT bagi mempertingkatkan tahap kesedaran supaya aset kerajaan dapat dilindungi.

– Keselamatan ICT bergantung penuh kepada pengurusan ICT yang mana pengawalannya hendaklah dilakukan secara pusat manakala pelaksanaannya pula perlu diagih-agihkan.


  • 0

Terengganu henti beri eBook, ganti sistem i-Class – Exco

Category : Berita

Kerajaan Terengganu akan menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (eBook) kepada murid mulai tahun ini dan bakal digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan Internet lebih efisien.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA

 


  • 0

Baucer RM500

Tags :

Category : Berita

Baucer RM500 diberikan khas oleh kerajaan negeri Terengganu kepada semua rakyat Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS untuk belian komputer riba.

Pemberian ini sangat sesuai terutama penduduk miskin yang tidak mampu membeli sendiri peralatan digital untuk anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran.

Pelajar yang menerima baucer boleh membeli komputer riba di kedai komputer yang dilantik oleh kerajaan negeri.

 


  • 0

CEO baru Top IT 2015

Tags :

Category : Berita

Pada 1 Januari 2015, Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Anas Syed Omar mula berkhidmat di Top IT Industries Sdn. Bhd.