Category Archives: Aktiviti

  • 0

Karnival ICT Terengganu

Tags :

Category : Aktiviti

Karnival ICT Terengganu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, yang telah bermula pada 29 Januari sehingga 1 Februari 2015. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Pelbagai agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam karnival tersebut termasuk juga pihak Top IT Industries Sdn. Bhd. Suasana karnival diceriakan lagi dengan kehadiran maskot-maskot dari kartun Boboi Boy dan kawan-kawan. Hadiah-hadiah menarik seperti beg e-book dan sebagainya telah diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan pameran pihak Top IT.


  • 0

Bantuan Banjir ke Kelantan

Tags :

Category : Aktiviti

Pada 8 Januari 2015, seramai 19 orang staff Top IT Industries Sdn.Bhd. turut serta dalam Program 1000 orang sukarelawan Terengganu ke Kelantan.