Author Archives: admin



Payang.my

Category : slider

iklan payang saler-01


Majlis Pelancaran Payang.My

Category : Berita , Berita Utama

IMG-20151031-WA0089-500x281

Kerajaan negeri Terengganu dengan inisiatif salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Top IT Industries Sdn Bhd telah membangunkan satu portal e-dagang untuk kemudahan capaian usahawan-usahawan tempatan secara amnya, dan usahawan yang menjalankan perniagaan IKS khususnya yang dikenali sebagai Payang.my. Pendaftaran bagi portal ini diberikan secara percuma kepada semua usahawan yang berminat untuk mempromosi dan seterusnya menjual produk keluaran mereka di serata pelusuk dunia.

Majlis Pelancaran Payang.My telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Merdeka sempena Program Pesona Terengganu 2015 pada 31 Oktober 2015 yang lalu.

Menurut Ahmad Razif, projek ini menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran dalam talian secara percuma kepada usahawan-usahawan tempatan seluruh Malaysia, khasnya usahawan negeri Terengganu.

Produk-produk jualan tempatan akan dipasarkan secara global dan akan bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Sila kunjungi laman web : http://www.payang.my/payang/

LOGO PAYANG


Bengkel Keselamatan ICT

Category : Berita

Pada 4 Mei 2015 dan 5 Mei 2015, satu bengkel Keselamatan ICT telah diadakan di Bangunan Paya Keladi .

Bengkel ini dianjurkan oleh pihak UPMN dan CEO Top IT Industries Sdn. Bhd iaitu Tuan Syed Ahmad Anas Bin Engku Kelana Diraja telah berkesempatan untuk memberi pengucapan umum berkenaan dasar keselamatan ICT dan juga Akta berkaitan Jenayah Siber yang terdapat di Malaysia.

Peserta terdiri daripada pegawai IT sekolah (EIO) dan juruteknik komputer pusat Bestari.comm (TSO).

Bengkel ini diadakan untuk memberi :

– pemahaman mengenai asas keselamatan ICT bagi mempertingkatkan tahap kesedaran supaya aset kerajaan dapat dilindungi.

– Keselamatan ICT bergantung penuh kepada pengurusan ICT yang mana pengawalannya hendaklah dilakukan secara pusat manakala pelaksanaannya pula perlu diagih-agihkan.


KEMASKINI MAKLUMAT EIO & TSO

Category : Makluman

Diminta kerjasama daripada semua EIO & TSO untuk menyemak semula dan memenuhi maklumat di link di bawah dengan maklumat yang BETUL & TEPAT sebelum 8 APRIL 2015. Pemilihan penempatan adalah berdasarkan kekosongan di DAERAH PILIHAN berpandukan ALAMAT SEMASA yang telah diisi.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1cyjt5HAqIVV2O2jiARtSFXqHnX3sK8q2xF4dpCJzuZg/edit?usp=sharing

Sila pastikan Tarikh Kemaskini di isi. Sekian, harap maklum.

– Bahagian Pentadbiran –


PEMBAYARAN GAJI BAGI EIO & TSO

Category : Makluman

Sukacita dimaklumkan Pembayaran gaji EIO dan TSO akan dikreditkan terus ke dalam akaun Bank Islam. Diminta semua EIO dan TSO untuk memberikan maklumat nombor akaun bank islam masing-masing kepada Bahagian Pentadbiran Top IT Industries Sdn. Bhd. (salinan slip pembukaan akaun yang tertera nombor akaun bank) sebelum 16 April 2015.

– Bahagian Pentadbiran –


Terengganu henti beri eBook, ganti sistem i-Class – Exco

Category : Berita

Kerajaan Terengganu akan menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (eBook) kepada murid mulai tahun ini dan bakal digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan Internet lebih efisien.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA WARISAN KITA

 


Majlis Hari Lahir En. Alias

Category : Uncategorized

Majlis hari lahir En. Alias diadakan pada 25 Januari 2015.

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan En. Alias sepanjang perkhidmatan di Top IT Industries Sdn.Bhd.


Karnival ICT Terengganu

Tags :

Category : Aktiviti

Karnival ICT Terengganu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, yang telah bermula pada 29 Januari sehingga 1 Februari 2015. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Pelbagai agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam karnival tersebut termasuk juga pihak Top IT Industries Sdn. Bhd. Suasana karnival diceriakan lagi dengan kehadiran maskot-maskot dari kartun Boboi Boy dan kawan-kawan. Hadiah-hadiah menarik seperti beg e-book dan sebagainya telah diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan pameran pihak Top IT.