Author Archives: admin

‘Terengganu Pay’ Mudahkan Pembayaran Bil

Category : Berita

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober- Kerajaan negeri bakal memperkenalkan satu lagi inovasi baharu iaitu ‘Terengganu Pay’ bertujuan memudahkan rakyat membuat pembayaran bil-bil kerajaan melalui satu transaksi sahaja. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata langkah itu selaras dengan konsep pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 untuk maksimumkan perkhidmatan sistem penyampaian yang responsif dan pantas melalui kerajaan digital bagi memenuhi kehendak rakyat.

Selain itu, ketua-ketua jabatan perlu memainkan peranan dalam menggalakan penjawat awam menyumbang idea bagi penciptaan inovasi-inovasi ICT baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Katanya, penghasilan inovasi ICT yang cekap dan berkesan memerlukan sumber data yang baik dan tepat. 

“Kekurangan maklumat yang tepat akan memberi kesan yang besar dalam usaha kerajaan mengatur pengurusan pentadbiran harian.

“Data-data yang diperolehi ini, diolah bagi menghasilkan program yang bersifat bijaksana dalam memudahkan pengururusan pentabiran seperti pengurusan agihan bantuan, pencegahan bencana, carian lokasi-lokasi latihan, bilangan fasiliti yang disediakan dan sebagainya,”katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menjalankan beberapa perubahan dalam usaha menambahbaik proses pengurusan agihan bantuan kepada rakyat supaya lebih telus. 

“Rentetan daripada itu, pelbagai program bantuan telah berjaya dilaksanakan seperti permohonan lesen motosikal percuma, bantuan subsidi air dan bantuan dana perayaan,”katanya.

Sumber : teganukite.net


Terengganu tandatangani MoU laksana projek Smart ICT

Category : Berita

KUALA TERENGGANU: Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT), syarikat milik Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, hari ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Reality Venture Sdn Bhd dan Kreatif Apps Sdn Bhd.

MoU itu bertujuan menjalin kerjasama strategik untuk melaksanakan projek perkhidmatan Smart ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pintar) dan prasarana digital untuk Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Bestari.Com.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata, menerusi MoU berkenaan, Top IT dan rakan strategik bersetuju untuk bekerjasama melalui empat komponen utama.

“Ia merangkumi PINTAR Connect, PINTAR Secure, PINTAR Health dan PINTAR Education yang juga tunjang kepada pembangunan ICT pada masa kini bagi menyediakan perkhidmatan digital yang berkesan kepada penduduk negeri ini.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Terengganu sebagai bandar bijak sebagaimana di luar negara dan memaksimumkan pendigitalan di Terengganu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan di sini.

Top IT diwakili Pengerusinya, Zakaria Dagang, manakala Reality Venture Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Dr Abdul Rashid Mohamed Ali serta Kreatif Apps Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adi Yazid Rosli.

Ariffin berkata, menerusi kerjasama itu juga, rakan strategik akan membangunkan aplikasi mobil untuk PINTAR Connect, PINTAR Secure, PINTAR Health dan PINTAR Education yang dijangka bermula tahun depan.

Katanya, PINTAR Connect akan menyediakan platform untuk komunikasi dan kolaborasi kepada badan yang terbabit dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Platform ini menggunakan teknologi Microsoft untuk membolehkan kerajaan menyampaikan maklumat dan pengumuman kepada rakyat secara interaktif, manakala rakyat pula boleh memberi pandangan dan komen secara langsung kepada kerajaan.

“PINTAR Secure akan mengkaji penyediaan platform untuk memerhati tahap keselamatan di tempat strategik Terengganu. Ia menggunakan teknologi Huawei yang berjaya dilaksanakan di lebih 160 bandar di seluruh dunia seperti Jerman dan Afrika Selatan.

“PINTAR Health pula menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan menggunakan teknologi kepintaran buatan. Platform ini menyediakan khidmat saringan penyakit, menjual ubatan secara atas talian dan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, PINTAR Education pula akan menyediakan platform untuk pembelajaran nahu dan sharaf dalam al-Quran secara atas talian dan ia diharap dapat dimanfaatkan dan memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya.


PINTAR PAY

Category : Berita , Berita Utama

 

 

 

 

 

PintarPay menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada pengguna.

Semasa merasmikan Pusat Internet Akses Rakyat (Pintar), Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempat menguji PintarPay. PintarPay manawarkan pusat perkhidmatan setempat komunikasi seperti prepaid reload, postpaid dan pembayaran bil utiliti. PintarPay memudahkan proses pembayaran bil tanpa perlu mengunjungi agensi berkenaan.


PINTAR Tawar Akses Dan Perkhidmatan Internet Percuma – MB Terengganu

Category : Berita , Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 29 April – Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu.

 

“Kita dalam perancangan untuk membuka 39 PINTAR di seluruh negeri dan pemilihan lokasinya akan ditentukan berdasarkan keutamaan serta keperluan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) dan Kempen MyDebit di Balairaya Kampung Kepong, Alur Limbat, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali serta Pengerusi Payment Network Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

 

Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri turut menekankan penggunaan MyDebit serta menyasarkan peningkatan jumlah pengguna dengan kad debit dan atas talian (online).

“MyDebit merupakan medium paling mudah untuk melakukan urusan berkaitan kewangan melalui urusan pembayaran atas talian di mana ia akan menjimatkan masa dan tenaga.

“Setakat ini, sebanyak 25 agensi kerajaan telah melaksanakan penggunaan MyDebit dan ia akan terus berkembang,” katanya.

PINTAR adalah penjenamaan semula Pusat Komuniti Bestari (Bestari.comm) yang mengoptimumkan perkhidmatan internet dengan menyediakan capaian jalur lebar kolektif di kawasan-kawasan sukar akses.

 Di peringkat permulaan, PINTAR menawarkan enam perkhidmatan iaitu e-Kerajaan, e-Pembelajaran, Perdagangan Elektronik, Pembayaran Elektronik, pembangunan Sukan Elektronik dan PINTAR POS serta akan berkembang selaras peredaran zaman.

Pusat ini turut menyediakan kiosk ejen bank Agro Bank selain kursus-kursus pembangunan dan keusahawanan berasaskan atas talian supaya rakyat di kawasan kampung dapat berdiri seiring dengan mereka yang tinggal di bandar.


Kerjasama dan perkongsian teknologi dua hala O’Connor’s Engineering Sdn Bhd

Category : Berita , Berita Utama

Top IT Industries Sdn Bhd dan O’Connor’s Engineering Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kerjasama dan perkongsian teknologi dua hala di Bangunan O’Connors Petaling Jaya pada 12 Januari 2019. Top It diwakili oleh pengerusi, Tuan Haji Zakaria Dagang manakala O’Connor diwakili oleh Pengarah eksekutif Mr Meng Cheong Yew

Kerjasama ini membuktikan komitmen kedua belah pihak untuk melaksanakan pembangunan teknologi telekomunikasi di Terengganu. Semoga kerjasama ini memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat.


i-Kiosk

Category : Portfolio


i-Kelas

Category : Portfolio


e-SUKA

Category : Portfolio


e-Jadual

Category : Portfolio


Mercedes terpakai untuk dijual

Category : Berita

Tawaran dibuka kembali pada 09 April 2017 ( Ahad ) hingga 13 April 2017 (Khamis).

Kenderaan boleh dilihat/diteliti pada tempoh ini jam 10.00 pagi – 3.00 ptg di tempat letak kereta Bangunan Top IT Industries Sdn Bhd.

Bil Jenis Kenderaan No. Pendaftaran Tahun Kenderaan Dikeluarkan Harga Minimun Harga Borang (RM) No.

Sebutharga

1. Mercedes Benz

Model : E240 (A)

WVD154 2002 19,000.00 Percuma TISB/01/2017

 

KENYATAAN TAWARAN MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI

BORANG SEBUTHARGA UNTUK MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI