Monthly Archives: November 2015

  • 0

Majlis Pelancaran Payang.My

Category : Berita , Berita Utama

IMG-20151031-WA0089-500x281

Kerajaan negeri Terengganu dengan inisiatif salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Top IT Industries Sdn Bhd telah membangunkan satu portal e-dagang untuk kemudahan capaian usahawan-usahawan tempatan secara amnya, dan usahawan yang menjalankan perniagaan IKS khususnya yang dikenali sebagai Payang.my. Pendaftaran bagi portal ini diberikan secara percuma kepada semua usahawan yang berminat untuk mempromosi dan seterusnya menjual produk keluaran mereka di serata pelusuk dunia.

Majlis Pelancaran Payang.My telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Merdeka sempena Program Pesona Terengganu 2015 pada 31 Oktober 2015 yang lalu.

Menurut Ahmad Razif, projek ini menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran dalam talian secara percuma kepada usahawan-usahawan tempatan seluruh Malaysia, khasnya usahawan negeri Terengganu.

Produk-produk jualan tempatan akan dipasarkan secara global dan akan bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Sila kunjungi laman web : http://www.payang.my/payang/

LOGO PAYANG