Pada 1/4 hingga 3/4 2011, Top IT Industries Sdn. Bhd. telah menyertai Cyber Carnival @Perak Wifi di Esplanade Lumut, Perak. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Antara acara yang diketengahkan adalah pertandingan T-Score yang melibatkan 12 buah sekolah di sekitar daerah Lumut. Pertandingan ini menyaksikan para pelajar darjah 6 menunjukkan kesungguhan dan minat mereka menggunakan sistem T-Score dalam 3 pusingan untuk merebut tempat sebagai pemenang keseluruhan dengan mencatat markah dan masa yang paling pantas. Para guru pula amat berpuas hati dengan kemudahan sistem ini dan kualiti soalan yang dimuatkan.
Selain itu, program TBKids dan Kelas Maya juga diperkenalkan kepada orang ramai. Stesen TBKids telah menarik ramai kanak-kanak dan ibubapa untuk mencuba sendiri kandungan pembelajaran pra-sekolah yang interaktif ini. Demo Kelas Maya pula menyaksikan orang ramai kagum dan berminat dengan revolusi pembelajaran secara maya dan mengharapkan program ini akan sampai ke negeri Perak pada masa akan datang.
Secara keseluruhan, penyertaan Top IT telah memeriahkan karnival ini dan telah menarik minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan syarikat Top IT sendiri.